Tersebutlah sebuah kisah tentang seorang budak lelaki yang bernama Aizad yang inginkan kawan.Dia keseorangan dan tidak tahu tentang bagaimana hendak membuat kawan.Setiap hari dia akan memerhati budak-budak yang sedang bermain untuk mengetahui cara untuk membuat kawan.Suatu hari Aizad pun berkata 'Mungkin jikalau  aku senyum, mereka akan berkawan denganku.' Dia cuba senyum dan mendapat kawan.Setiap hari dia senyum dan bermain dengan kawannya.Lama-kelamaan, kawan-kawannya berasa pelik kerana Aizad tidak pernah marah atau sedih.Tetapi mereka cuba abaikan perkra itu sehingga suatu hari salah seorang dari mereka mati kemalangan.Aizad berasa sungguh sedih dan tidak tahu hendak buat apa-apa.Dia hanya senyum dan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.Kawannya yang sedih atas kematiaan salah seorang dari mereka pun berasa pelik kerana Aizad tidak menangis mahupun berasa sedih.Mereka membuat keputusan supaya tidak berkawan dengan Aizad lagi.Aizad berasa sunggguh sedih kerana dia sudah tidak ada kawan lagi.Dia pun melihat cermin dan cuba senyum.Akhirnya, dia tersedar bahawa dia itu bagaikan patung yang tiada perasaan ketika dia senyum.

0 comments:

Post a Comment