Jikalau aku ada pilihan untuk apa yang aku ingin lakukan ketika cuti, aku akn pilih pantai. Pantai itu mempunyai begitu banyak keseronokannya seperti main dengan pasir,tangkap umang-umang di dalam air,mandi di dalam air laut,main tanam-tanam orang dan macam-macam lagilah...Aku begitu seronok setiap kali ke pantai bersama keluarga lagi-lagi kalau ada kawan.Jikalau boleh, aku memikirkan untuk membeli satu hotel denngan pantainya sekali dan buatkannya untuk aku seorang bersama keluga dan teman-temanku.Tetapi pantai bukan sahaja perkara yang aku idam-idamkan, aku juga inginkan sungai.Dengan airnya yang sejuk dan selesa aku begitu gembira sekali dapat mandi di sana.Lagi-lagi kalau dapat berkelah di sana dengan makanan yang sedap.Ada lagi pilihan untuk pergi bercuti, seperti pergi shopping bagi kaum perempuan.Kalau pergi shoppping dekat Kelantan,Terengganu dan Sabah dapat tengok banyak makanan yang berbeza dan menyelerakan.Kalau macam dekat Kelantan, aku boleh tengok banyak jubah yang cantik untuk dibeli dan ada masa tu ibuku pergi ke satu tempat untuk makan dan dia memesan makanan yang ada lobster sekali.Lobster dia besar dan diselaputi tepung yang sedap.Kadang-kadang tempat untuk makan ABC pun aku nak pergi juga seperti di Tesco yang ada bermacam pilihan untuk makan ABC.Kalau pizza...apa lagi!pizza hut lah..Ayam di KFC dan burger di Mc Donald.Kalau macam kat Mydin,Aeron dan lain-lain lak, aku pergi beli coklat cadbury(favourite),air gas,snek lain(lebih kurang keropok ker atau makanan lain yang tak berkhasiat),dan komik.Banyak benda yang boleh dilakukan ketika cuti, tak kiralah camne pon apa yang penting adalah...duit!Macam nak pergi sesuatu tempat  mestilah kena ada duit.Tak kiralah Legoland,Sunway Lagoon,Funfair dan lain-lain lagi.Jadi enjoylah cuti korang yer!

0 comments:

Post a Comment